Jom Lawati Booth NahamPhoto Di Karnival Anak Mersing (KAMi 2012)!
Pada 10 & 11 Mac 2012 akan datang, Facebook Anak Mersing akan menganjurkan satu karnival yang dipanggil Karnival Anak Mersing (KAMi) yang akan diadakan di Dewan Jubli Intan, Jalan Ibrahim, Mersing Johor. Objektif utama karnival ini adalah ingin menyatukan anak Mersing dan memaparkan hasil kerja, perniagaan dan kebolehan yang ada dengan slogan “bersama buktikan kemampuan kita”. Karnival ini membuktikan yang Facebook Anak Mersing berjaya menyatukan ahli-ahli mereka setalah beberapa tahun membuat pelbagai aktiviti. Terbaru sebelum ini adalah Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 pada hujung tahun lepas.
Promosi pakej jurufoto kahwin sebanyak 15% dan gift lain. Peluang memenangi telefon pintar!
NahamPhoto tidak ketinggalan menyertai karnival kerana penganjur telah memberi penghormatan dengan menyediakan booth untuk NahamPhoto memaparkan hasil kerja dan sama-sama memeriahkan majlis ini. Selain pameran gambar & album perkahwinan, pelbagai aktiviti lain telah kami sediakan termasuk jualan t-shirt eksklusif, mencetak foto dan mengambil gambar kenangan sepanjang karnival. Apa yang lebih menarik, bakal pengantin yang menempah jurufoto kami dalam tempoh 2 hari karnival tersebut berpeluang memenangi telefon pintar Samsung Galaxy Young dalam cabutan bertuah.
Selain NahamPhoto, terdapat lebih 20 usahawan anak Mersing akan terlibat memaparkan produk dan perkhidmatan masing-masing. Antara acara-acara menarik selain pameran booth adalah pertunjukan fesyen, badut, permainan tradisional, BBQ percuma, pameran easy rider bike & road bike. Karnival ini akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Mersing iaitu YB Datuk Dr. Hj. Abdul Latiff bin Ahmad. Selain Facebook Anak Mersing, organisasi lain yang terlibat dalam menjayakan karnival ini adalah Majlis Daerah Mersing, Persatuan Usahawan IKS Mersing, Mersing Tourism Information Centre (Metic) dan Belia 4B Malaysia.
Berikut merupakan aturcara penuh Karnival Anak Mersing 2012;
Sabtu, 10 Mac 2012
7.00- 8.00 : pagi senam robik diketuai
10.00-11.00 : Pertandingan permainan tradisional untuk kanak-kanak.
Booth ushawan mula dibuka.
Meja pendaftaran untuk cendramata KAMi dibuka.
11.00 : Demonstrasi melukis Ara bermula
Demonstrasi melukis AKAM bermula.
Demostarasi memuat kek dari Booth no 15 Puan Khairina
Demonstrasi Kitar Semula dari booth No 12, Dr Datin Norizan
Dari sudut seni kanak kanak.
3.00 – 5.00 ptg : Mewarna kanak kanak.
Demostarasi memuat kek dari Booth no 15 Puan Khairina
Pertunjukan Fesyen dari Saloni Mustafa.
5.00 – 6.00 ptg : Kejohanan sepak Yim sedunia
6.00 : Bersurai dan pintu dewan ditutup.
8.00 Malam : usahawan dan admin Anak Mersing beserta Pengerusi
IKS berada di Dewan Jubli untuk persiapan.
8.45-9.00 : Pembacaan Doa oleh Ustaz Fauzi
9.00-9.10 : Deklamasi Puisi Anak Mersing oleh Saudara Arman Jafri
9.10-9.15 : Ucapan Pengasas fb Anak Mersing
9.15-9.30 : Ucapan Perasmian YB Dato Dr Abd Latif Ahmad
9.30-9.35 : Nyanyian Lagu Sri Mersing Oleh Billy On Top
9.35-10.00 : Acara memperkenalkan Admin Anak Mersing, Pengerusi IKS dan 20 Usahawan Anak Mersing.
10.00-12.00 : BBQ & hiburan ringan
AHAD, 11 Mac 2012
7.00- 8.00 : Morning walk diketuai oleh Mersing Guy menyusuri Pantai Bandar Mersing.
9.00-9.30 : DJ akan mula keudara.
10.00-11.00 : Permainan Tradisional suka suka
Booth ushawan mula dibuka.
Meja pendaftaran untuk cendramata KAMi dibuka.
Sudut seni utk Kanak kanak.
Demonstrasi melukis Ara bermula
Demonstrasi Kitar Semula dari booth No 12, Dr Datin Norizan
3.00 – 4.00 ptg : Pertunjukan fesyen Billy on Top
Demo dari booth Khairina
4.00 -4.30 : Keputusan cabutan bertuah Naham Photo
6.00 : Penutup
Semua warga Mersing dijemput hadir! Jangan lupa untuk singgah di booth NahamPhoto! (booth nombor 8 ) Maklumat lengkap mengenai KAMi 2012, sila klik DISINI atau sertai group Facebook Anak Mersing DISINI. Jangan lupa untuk hadir!












