Assalamualaikum, sempena bulan ramadhan ini, NahamPhoto mengajak anda semua menimba ilmu mengenai asas fotografi dengan harga promosi. Sila lihat keterangan dibawah.
KURSUS ASAS FOTOGRAFI (DIGITAL)
Tarikh: Sabtu 20 September 2008
Masa: 8.00 pagi – 4 petang. (Rehat 1.00-2.00)
Tempat: Bilik Kuliah, Kompleks Belia & Sukan Larkin, Johor Bahru Johor
Objektif: Memberi pendedahan asas kepada peserta tentang bagaimana cara untuk menggunakan kamera dengan betul. Menerangkan pelbagai setting yang ada dalam kamera samada Auto atau Manual. Memberi teknik-teknik bagaimana mendapatkan gambar yang berkualiti.
Siapa yang patut menyertai?: Mereka yang BARU ingin menceburi bidang fotografi. Mempunyai minat yang tinggi dalam fotografi. Ingin menjadikan sebagai satu hobi & ingin mengetahui lebih dalam mengenai dunia fotografi.
Tutor: Harris Fadzilah Rahmat
Maklumat 1) Dibuka untuk peserta dari kawasan Johor Bahru & yang berhampiran dengannnya.
2) Kursus ini memberi tumpuan kepada asas fotografi digital secara teknikal dengan menggunakan
kamera digital format 35mm sahaja (digalakkan membawa kamera sendiri).
3) Kelas adalah dalam bahasa Melayu dengan penggunaan Bahasa Inggeris untuk istilah teknikal.
4) Peserta maksimum 15 orang untuk setiap kursus untuk perhatian yang lebih kepada setiap peserta
5) Nota pelajaran disertakan.
6) Praktikal serta penilaian akan dibuat pada akhir kursus.
Yuran: RM 89.00 seorang.
Diskaun: 10% untuk ahli forum NahamPhoto ATAU 10% untuk peserta yang membawa seorang peserta lain.
Cara Bayaran: Deposit RM40 dimasukkan ke akaun Maybank : Naham Photo Enterprise
(5013 4720 2731). SMS nama serta bayaran anda H/P atau e-mel dibawah
sebagai pengesahan bayaran. Baki bayaran dijelaskan sebelum kursus bermula.
Tarikh Tutup Pendaftaran: 17 September 2008
Pertanyaan dan tempahan: H/P : 013-744 3734 (Harris), E-mel :
info@nahamphoto.comPindaan: Pihak kami berhak membuat sebarang pindaan tentang apa jua maklumat yang dinyatakan dalam risalah ini. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan segera kepada para peserta.