Ramai orang bertanya, macam mana saya dapat menaikkan nama NP ke serata tempat? Macam mana saya memperkenalkan diri saya sebagai jurufoto? Macamana saya memulakan karier sebagai seorang jurufoto? Sebenarnya jawapannya hanyalah satu, saya menggunakan TEKNOLOGI...
Kalau zaman dulu-dulu kita hanya dapat tengok iklan di TV, suratkhabar & majalah. Kini kita ada ruang yang lebih luas untuk mengiklankan diri dengan menggunakan alam maya. Ini kerana semakin ramai orang yang menggunakan internet sebagai satu keperluan pada ini (kaff, sila bagi statistik penggunaan internet

).
Kini anda semua dapat meluaskan bidang kerjaya anda dengan menggunakan medium-medium yang percuma. Jika dahulu saya bermula dengan fotopages, kini terdapat banyak laman web & aplikasi yang popular seperti blogspot,
www.flickr.com,
www.frienster.com &
www.facebook.com.
Lebih baik lagi jika anda membuat portal anda sendiri dimana banyak syarikat yang menyediakan khidmat domain & hosting dengan bayaran yang berpatutan. Paparkan gambar-gambar terbaik, sediakan aplikasi yang mesra pelanggan dan insya Allah nama anda akan mudah dikenali orang ramai.
Diatas hanyalah satu cara yang anda boleh lakukan. Sebarang pertanyaan atau memerlukan keterangan lanjut mengenai topik ini, boleh reply disini. Sebenarnya banyak lagi strategi-strategi lain dalam pemasaran bidang fotografi yang akan dinyatakan dari masa kesemasa.