
Tarikh : 7 & 8 OGOS 2010 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Teluk Sari, Endau Johor
Pengajar : Harris Fadzilah Rahmat (Reds)
NahamPhoto untuk kedua kalinya menganjurkan satu bengkel fotografi outdoor istimewa dengan konsep yang SANTAI. Bengkel 2 hari 1 malam ini bertujuan mendedahkan peserta dengan teknik & ilmu dalam bidang fotografi berdasarkan apa yang ada disekeliling mereka sambil bersantai & beramah mesra sesama peserta. Hanya 10-15 orang peserta sahaja yang dibenarkan menyertai bengkel ini untuk satu masa/ sesi.
Pengenalan Teluk Sari
Teluk Sari adalah dalam kawasan Mukim Penyabong, Endau Johor yang berada dipersisiran pantai. Lokasinya yang menarik penuh dengan pemandangan pantai, pulau & kampung yang pasti akan menyegarkan mata memandang. Berdekatan Teluk Sari ini terdapat satu pulau yang dikenali dengan Pulau Mawar dimana manusia boleh kesana dengan melalui benteng pasir yang terbentuk ketika air surut.
OBJEKTIF
1) Mengasah bakat yang ada dalam diri peserta supaya dapat memberikan hasil yang berkualiti tidak kira dari segi seni atau teknikal.
2) Memberi pengalaman kepada peserta agar mereka memperoleh idea-idea yang kreatif dan segar dalam karya fotografi mereka.
3) Bertukar-tukar pengetahuan & pendapat sesama peserta agar dapat digunakan sebaiknya dalam bidang fotografi yang mereka ceburi.
4) Menguatkan ukhwah & kemesraan antara peserta-peserta.
SYARAT PENYERTAAN
1) Berumur 18 tahun keatas.
2) Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang fotografi tidak kira sebagai hobi mahupun kerjaya.
3) Sekurang-kurangnya memiliki kamera DSLR (membawa flash juga digalakkan).
4) Mengikut semua aktiviti yang telah ditetapkan dalam aturcara.
ALATAN YANG PERLU ANDA BAWA
1) Kamera, lensa & charger.
2) Barang-barang keperluan peribadi (tuala, selimut, sabun, shampoo dll)
3) Kasut sukan untuk aktiviti outdoor.
4) Pakaian sesuai yang tidak menjolok mata.
5) Digalakkan juga membawa laptop sendiri.
ATURCARA
Hari Pertama
11.00 pg : Sampai di Pusat Jalur Lebar Komuniti (CBC), Kg. Teriang Besar,
11.30 pg : Pendaftaran & sesi suai- kenal (ice breaking)
12.30 ptg : Check-in chalet (bagi yang menginap), rehat, Zuhur, bergerak ke CBC
2.00 ptg : SESI 1 : MEMANASKAN KAMERA [Teori]
3.45 ptg : bergerak ke Pulau Mawar
4.00 ptg : SESI 2 : OUTDOOR DI PULAU MAWAR [Bengkel]
6.00 ptg : Bergerak ke Penyabong, Asar, aktiviti bebas (mandi laut dll)
7.15 ptg : Balik ke chalet, rehat, solat Maghrib
8.15 mlm : Makan malam & solat Isyak, bergerak ke CBC
9.00 mlm : SESI 3 : PHOTO EDITING [Bengkel]
11.00 mlm : Rumusan, balik ke chalet & rehat
Hari Kedua
7.00 pg : Sarapan pagi, bergerak ke Teluk Sari
8.30 pg : SESI 4 : PHOTO TECHNIQUE [Bengkel]
9.30 pg : SESI 5 : PHOTO HUNTING [Pertandingan]
11.30 pg : Sampai di CBC, pemilihan gambar & submit gambar
12.30 ptg : Solat Zuhur. makan tengahari & rehat
2.00 ptg : SESI 6 : PHOTO CRITIC [Perbincangan]
4.00 ptg : Majlis penutup & penyampaian hadiah & group photo
5.00 ptg : Check out (bagi yang menginap) & bergerak pulang
MODUL BENGKEL
Sesi 1: Peserta akan diberi maklumat tentang penggunaan kamera DSLR dan fungsi-fungsi yang ada didalamnya. Paling ditekankan adalah 3 asas utama iaitu shutter, aperture & ISO. Tidak lupa penganjar akan membincangkan juga tentang fungsi white balance, metering & aksesori-aksesori lain.
Sesi 2 : Peserta akan berpeluang mengambil gambar model dan lanskap menarik di Pulau Mawar dan sekitarnya. Sesi model ini akan ditetapkan dengan tema tertentu yang akan diberitahu oleh penganjur semasa sesi itu akan bermula nanti. Ini adalah peluang jurufoto untuk mempelajari teknik-teknik portraiture dan menggayakan model.
Sesi 3 : Peserta akan diberi peluang mengedit gambar-gambar yang telah diambil dalam sesi 2. Peserta juga akan diberikan tips-tips editing gambar yang mereka kehendaki.
Sesi 4 : Peserta akan didedahkan dengan beberapa teknik dalam fotografi untuk digunakan dalam sesi 5 nanti. Antara teknik-teknik yang akan didedahkan adalah slow shutter, panning, depth of field, rules of third dan lain-lain.
Sesi 5: Peserta akan mengasah bakat & kreativiti mereka untuk mengambil gambar sekeliling mereka dengan menggunakan teknik-teknik yang telah didedahkan dalam sesi 4. Pemenang dengan gambar terbaik akan menerima hadiah.
YURAN PENYERTAAN
Peserta Biasa : RM288
Ahli Forum / Bekas Pelajar NahamPhoto : RM240
Early Bird (daftar sebelum 26 Julai 2010): RM200
PAKEJ/ NILAI WANG ANDA TERMASUK
1. T-Shirt rasmi
2. Nota-nota bengkel (soft copy)
3. Model
4. Ruang bengkel berkomputer, hawa dingin & internet 3G
5. Lokasi menarik yang tidak semua orang boleh mengalaminya.
ยท Caj tidak termasuk penginapan & makan-minum. Kepada yang memerlukan penginapan, sila hubungi penganjur seawal mungkin untuk kami sediakan penginapan dengan harga yang berpatutan. Untuk makanan, penganjur akan membawa peserta untuk makan bersama-sama ditempat yang dirasakan sesuai.
CARA BAYARAN : Deposit RM100 ATAU bayaran penuh dimasukkan ke akaun Maybank : Naham Photo Enterprise (5013 4720 2731).
SMS atau e-mel NAMA, NO. HP, EMAIL, SAIZ T-SHIRT serta JUMLAH BAYARAN anda sebagai pengesahan bayaran.
Baki bayaran dijelaskan sebelum bengkel bermula.
PERTANYAAN & TEMPAHAN : SMS : 013-744 3734 (Harris) ATAU E-mail :
info@nahamphoto.comTARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 6 OGOS 2010
PINDAAN : Pihak kami berhak membuat sebarang pindaan tentang apa jua maklumat yang dinyatakan dalam risalah ini. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan segera kepada para peserta.
INGAT! KEPADA PESERTA YANG MENDAFTAR SEBELUM 26 JULAI 2010 AKAN MENDAPAT HARGA DISKAUN EARLY BIRD IAITU RM200! TERHAD KEPADA 15 ORANG PESERTA SAHAJA! DAFTAR SEKARANG!
"Raikan Detik Anda!"
Sila lihat laporan NahamPhoto ShootOut! Sekakap tahun lepas di -->
http://www.nahamphoto.com/forum/index.php?topic=474.0