Main Content:

Pages: [1] 2 3 4

Laporan : Nahamphoto ShootOut! Sekakap

  • ibuenna71
  • Members
  • Mortal
  • **
  • Medal: 0
  • Posts: 51
Laporan : Nahamphoto ShootOut! Sekakap
« on: August 16, 2009, 05:04:30 PM »

Nahamphoto ShootOut! Outwit...Outplay...Outdoor di Sekakap, Mersing pada 15-16 Ogos 2009.

Memang HEBAT

Pada awalnya aku rasa berbelah bagi utk mengikut bengkel ini, sebab aku sering outstation dan takut bertembung dengan tarikh event2 di tempat kerja aku. Tp alhamdulillah, akhirnya aku dapat menghadiri bengkel ini. Aku ingin mengucapkan terima kasih pada haris dan nanie yang sentiasa beri galakan dlm bidang fotografi. Aku tau bila ikuti bengkel seperti ini byk ilmu yang boleh ditimba disamping bertukar idea dan berkongsi pengalaman bersama peserta2 yang lain.

Peserta yang seangkatan dengan aku iaitu thaha, zakiah, khafi n shamsul dan ada peserta yang baru iaitu ramdzan, zack dan hafiz.

Untuk sesi hari pertama (15/8) aku ikuti Model Shooting di Muara Sg.Jemaluang dan Nature Shooting Sg.Jemaluang dengan menaiki boat JPA, Sekakap. Sesi sebelah malam kami tengok hasil kerja kami di dalam laptop dengan idea dan kreativi setiap peserta. Bergelak sakan. Aku rasa seronok dan happy. Sampai jam 12malam baru kami semua tido. Bengkel ini diadakan secara santai, selain kami shooting disamping itu kami dapat bertukar2 idea bila melihat gambar2 yg dishoot oleh kekwan lain.

Tapi malang sungguh aku hari ini untuk sesi hari ke dua (16/8), bangun tido lepas solat subuh. Aku terkejut bila tetiba je "KAMERA KESAYANGAN AKU" tidak boleh on. Aku cuba cas bateri, aku cuba hubungi kekawan aku yg lain seperti zul, adiezie n shafiq, aku minta tolong drp haris dan thana utk tengokan kamera aku...entah apa yang terjadi?Huh mereka berdua dah cuba untuk membantu tetapi tidak juga berfungsi...jadinya aku tidak dapat mengikuti sesi sunrise shooting dan model shooting ( bakal pengantin ). Aku rasa kecewa dan tidak bersemangat. Aku duduk melihat peserta lain dpat ikuti sesi yang seterusnya...kemudian aku amik keputusan untuk balik ke JB dan terus ingin ke JOHAN PHOTO di Plaza Angsana. Sampai saja di rumah kira2 jam 1.45ptg. Aku terus amik kamera aku, bila aku amik je drp beg...aku pelik? Kamera itu boleh berfungsi bila aku ON kan....tapi aku xnak pk apa2...biarlah ia satu misteriiii....

Terima kasih sekali lagi pada haris dan nanie...insyaallah, jika ada bengkel di masa2 akan datang. Aku akan turut serta. Dan pada kekawan lain, aku doakan semoga kalian berjaya dalam bidang yang diceburi.


LAPORAN KHAS BOLEH DIDAPATI DI --> http://www.nahamphoto.com/blog/?p=589
GAMBAR-GAMBAR LAIN ADA DI --> http://www.flickr.com/photos/nahamphoto/sets/72157622075113590/
« Last Edit: August 19, 2009, 09:15:33 AM by Reds »
Logged

Hidup ini perlu diteruskan...Untuk berjaya kena usaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Jadikan kritikan orang itu sebagai satu pengajaran.

http://arrena71.fotopages.com
www.flickr.com/people/arren1166
  • ibuenna71
  • Members
  • Mortal
  • **
  • Medal: 0
  • Posts: 51
Re: Nahamphoto ShootOut! Outwil...Outplay...Outdoor
« Reply #1 on: August 16, 2009, 05:49:27 PM »

Sesi Model Shooting di Muara Sg.Jemaluang, Sekakap, Mersing.

Model : Cik Farhana ( 4 tahun dalam bidang modeling ), asal J.Bahru di Taman Molek, Usia x sempat nak tanya...hihihihi

Terima kasih saya ucapkan kepada cik Farhana. Gaya yang bersahaja, sporting dan seorang yang lemah lembut, sopan santun dan ayu jelita.

Dapatlah kiranya kawan2 memberi teguran dan kritikan untuk penambahbaikan...












































« Last Edit: August 16, 2009, 06:09:07 PM by ibuenna71 »
Logged

Hidup ini perlu diteruskan...Untuk berjaya kena usaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Jadikan kritikan orang itu sebagai satu pengajaran.

http://arrena71.fotopages.com
www.flickr.com/people/arren1166
  • thaha
  • Apprentice
  • Mentor
  • ***
  • Medal: 1
  • Posts: 149
  • "Capturing Life's Memories"
  • WWW
Re: Nahamphoto ShootOut! Outwil...Outplay...Outdoor
« Reply #2 on: August 17, 2009, 09:58:32 AM »

Secara peribadi apa yang sy dpt katakan program ni mmg best ... tahniah kpd NP ... peserta-peserta yang turut serta pun semuanya berhemah belaka ... semuanya saling tolong-menolong antara satu sama lain ... rasa mcm tak nak balik pun ada ... byk ilmu-ilmu baru yg dapat diperolehi dari program ni ... ibarat kata kita semua dah mcm sekeluarga ... walaupun program yg dijalankan tu padat tp sy dapat rasakan seolah-olah mcm kita semua ni pegi 'berkelah' je ... tak protokol sgt ... sesuai dengan slogan NP ( SANTAI ) ... buat rakan-rakan semua terima kaseh krn memberi sokongan dan bantuan kpd sy dlm event yang terakhir sebelum kita pulang hari tu ... semoga lepas ni kita dpt plan buat hari keluarga utk NP pulak ... hujung thn ni ke ( bln12 - cuti sekolah ) ... hehe sekian  Grin  Grin
Logged

Mohd Thaha b Mohd Isa ( Photog IPE )
Tel : 012.763.4491
Web : http://www.ilhampictures.com
Email : ilhampictures@yahoo.com.my
Nikon D40 + Nikon D90 + SB600
  • Reds
  • Administrator
  • Hero
  • *****
  • Medal: 0
  • Posts: 884
  • "tiada kejayaan tanpa pengorbanan"
  • WWW
Re: Laporan : Nahamphoto ShootOut! Outwit...Outplay...Outdoor
« Reply #3 on: August 17, 2009, 12:45:10 PM »

Assalamualaikum semua,

Memandangkan hari ini saya masih lagi berada dikampung dgn line internet yg agak perlahan, saya memberikan sedikit laporan & rumusan. Gambar akan diletakkan kemudian apabila sy kembali ke J.B. Terima kasih kepada 8 peserta terlibat iaitu kaff, thaha, zakiah, zarina, shamshul, ramdzan, hafiez & zack yg telah mnyertai bengkel ini. Tidak lupa urusetia iaitu nanie, halim, shahrul & JPAM. Penghargaan juga kepada Unclebourne & PKPI.

Alhamdulillah, akhirnya NahamPhoto ShootOut! Sekakap telah berlangsung dengan lancar sekali. Saya sangat bersyukur kerana apa yang dirancangkan selama ini dapat dilaksanakan dgn baik. Nampaknya Kak Ina telah memberikan laporan perjalanan bengkel dalam laporan awal diatas. Oleh itu, sy tidak akan menyentuh perkara yg sama. Cuma ada beberapa peristiwa yg hnya Tuhan shj mengetahuinya yg tidak dpt kami elakkan.

Pelbagai aktiviti telah dilakukan & alhamdulillah semuanya mengikut jadual yg telah dirancangkan. Malah terdapat tambahan aktiviti iaitu shooting di sepanjang sungai jemaluang menaiki bot JPAM. Sy harap ada peserta yg dpt meletakkan gmbr haiwan, burung & permandangan sepanjang sungai yang dapt dirakamkan (terutama gmbr Raja Udang en. Thaha...hehe). Acara mandi laut beramai-ramai pula x kurg hebatnya...

Saya cuma berharap para peserta memperolehi byk input dr bengkel ini untuk digunakan sebagai satu pengalaman berharga. Walaupun ia dijalankan secara santai namun sepanjang perjalanan bengkel, para peserta lebih banyak masa 'BERSAMA'. Makan bersama, bincang bersama, beriadah bersama, shooting bersama. Oleh itu banyak ilmu yang boleh diambil sepanjang 2 hari satu malam bersama.

Akhir sekali, sy mengucapkan jutaan terima kasih kepada Apprentice NP yg dari mula telah berbincng, memberi idea, berkerah tenaga, membuat iklan, promosi disana-sini, membuat persediaan dan apa saja tugas yg dilakukan untuk menjayakan bengkel ini. Anda telah melaksanakan fungsi anda dgn baik dan semestinya ia tidak akan berjaya jika sy melakukannya sendirian.
« Last Edit: August 17, 2009, 01:17:00 PM by Reds »
Logged

HARRIS FADZILAH RAHMAT
Photographer / Manager / Founder
NahamPhoto - Photography & Graphic Design
+6013 744 3734 (HP)
harrisfadzilah@gmail.com
www.nahamphoto.com
  • azmeir
  • Members
  • Mortal
  • **
  • Medal: 0
  • Posts: 95
  • WWW
Re: Laporan : Nahamphoto ShootOut! Sekakap
« Reply #4 on: August 17, 2009, 03:59:12 PM »

wah!! cun nye model tu..
rugi tak dapat join.. mana lg gmbr kt sekakap?
up la lagi..
  • Reds
  • Administrator
  • Hero
  • *****
  • Medal: 0
  • Posts: 884
  • "tiada kejayaan tanpa pengorbanan"
  • WWW
Re: Laporan : Nahamphoto ShootOut! Sekakap
« Reply #5 on: August 17, 2009, 07:11:13 PM »

wah!! cun nye model tu..
rugi tak dapat join.. mana lg gmbr kt sekakap?
up la lagi..

TUNGGUUUU...baru smpi JB ni...mlm ni klu larat nk up lg gmbr & report...

*p/s- sy baru mendpt berita yg Sadiq (make-up artist) yg terlibat dgn solekan Farhana tempohari telah menang dlm pertandingan solekan di Plaza Angsana semalam. Tahniah & kami di NP tumpang bangga kerana dpt menggunakan khidmat anda.

Kpd model cik Farhana kita, mmg seronok dpt bekerjasama dgn anda. Cantik dan peramah membuatkan semua peserta senang bekerja dgn anda. Semoga kedua-duanya terus maju jaya!
Logged

HARRIS FADZILAH RAHMAT
Photographer / Manager / Founder
NahamPhoto - Photography & Graphic Design
+6013 744 3734 (HP)
harrisfadzilah@gmail.com
www.nahamphoto.com
  • dzan
  • Members
  • Newbie
  • **
  • Medal: 0
  • Posts: 26
Re: Laporan : Nahamphoto ShootOut! Sekakap
« Reply #6 on: August 18, 2009, 12:09:19 AM »

salam,

memang seronok sebab dpt rakan-rakan baru.  dgn kerja dan jadual saya yg tak menentu...kira nasib baik lah saya ponteng hal-hal lain untuk bengkel ini.

pd inah...kenapa balik awal? terkilan tak dpt saying goodbye. nice shot btw. siapa yg makan kek bDay lagi. dalam perjalanan pulang...punya lah mengantuk drive sorang2...tapi alhamdullillah sampai pun.  Saya lagi process gambo2 sekakap yg lain untuk di muat-naik ke lelaman saya http://dzan.org/  dah buat panoramic pictures...tapi beso sgt tak leh nak muat-naik pulak. kena kecikkan nanti.

btw..terasa kecil pulak tengok skill peserta2 yg lain.  Anyway..you guys ROCK! and da BOMB!!! dan geram sey...tak cukup kaki untuk mandi laut. nasib baik Thaha dan yg lain ada join sesi berenang.

btw..Harris..seriously... saya minat sangat kalau nahamphoto organize photoshot thema ramadhan dan hari raya. dan saya boleh bantu kalau nak buat photoshoot kat SG.  just SHOUT!

/dzan
http://dzan.org/
email dzan@dzan.org
Logged
  • ibuenna71
  • Members
  • Mortal
  • **
  • Medal: 0
  • Posts: 51
Re: Laporan : Nahamphoto ShootOut! Sekakap
« Reply #7 on: August 18, 2009, 12:31:18 AM »

salam,

pd inah...kenapa balik awal? terkilan tak dpt saying goodbye. nice shot btw.

btw..terasa kecil pulak tengok skill peserta2 yg lain. 

/dzan
http://dzan.org/
email dzan@dzan.org

salam dzan...

Maaf, x sempat jumpa dzan hari tu. Ina balik awal sbb dah xde semangat bila kamera tu buat problem. Tp x pe..insyaallah...lain kali kita akan jumpa dibengkel akan datang atau pun bila ada SNAP...

dzan, janganlah terasa kecil pulak bila tgk skill drp peserta lain...kami semua sama2 baru belajar. Insyaallah...jika ina ada perjumpaan dgn kwn na...nnt na hubungi atau sms dzan k...dan juga rakan2 lain jika ada kesempatan.

bye2

Logged

Hidup ini perlu diteruskan...Untuk berjaya kena usaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Jadikan kritikan orang itu sebagai satu pengajaran.

http://arrena71.fotopages.com
www.flickr.com/people/arren1166
  • kaff
  • Apprentice
  • Mortal
  • ***
  • Medal: 0
  • Posts: 55
  • WWW
Re: Laporan : Nahamphoto ShootOut! Sekakap
« Reply #8 on: August 18, 2009, 10:12:21 AM »

Salam!
Tiba masa untuk saya mencelah..hehe..Maaf kerana amat jarang bergiat aktif dalam forum ni..namun saya sentiasa menjadi silent reader dan menyokong kuat 'pergerakan' nahamphoto. Program ShootOut Sekakap memang best. Boleh dikatakan berjalan dengan hampir sempurna...aturcara berjalan lancar, cuaca yang indah, makanan dan penginapan yang ok, model yang sangat 'bombastik&fantastik' serta rakan-rakan peserta yang baik-baik belaka. Tapi yang paling penting kita semua dapat memperoleh ilmu serta pengalaman yang tidak ternilai. Secara peribadi saya berpandangan apa yang penting adalah apa yang kita 'rasa' kerana at the end of the day, kita inginkan hati yang gembira dan puas dengan apa yang kita lakukan. Terima kasih kepada Harris dan Nanie. Keep up the good work!

Agak bizi skit nak upload gambar semasa ShootOut. Tambahan line streamyx kat rumah problem selalu. Ni pun curi-curi masa kat office. Sebagai pengenalan, dikepilkan 2 hasil pemburuan. Yang lain kelak bakal menyusul.
« Last Edit: August 18, 2009, 10:17:50 AM by kaff »
Logged
  • kaff
  • Apprentice
  • Mortal
  • ***
  • Medal: 0
  • Posts: 55
  • WWW
Re: Laporan : Nahamphoto ShootOut! Sekakap
« Reply #9 on: August 18, 2009, 10:15:35 AM »



Logged
  • kaff
  • Apprentice
  • Mortal
  • ***
  • Medal: 0
  • Posts: 55
  • WWW
Re: Laporan : Nahamphoto ShootOut! Sekakap
« Reply #10 on: August 18, 2009, 10:47:17 AM »

Logged
  • dzan
  • Members
  • Newbie
  • **
  • Medal: 0
  • Posts: 26
Re: Laporan : Nahamphoto ShootOut! Sekakap
« Reply #11 on: August 18, 2009, 10:54:23 AM »

yo kaff,

nicey nicey editing and very dramatic impact...!! cool! cooler! coolest!!  mana pic-pic yg lain oleh photographer yg lain? Thaha, Z, Hafiz, shamsul?

/dzan
http://www.dzan.org/
dzan@dzan.org
Logged
  • Reds
  • Administrator
  • Hero
  • *****
  • Medal: 0
  • Posts: 884
  • "tiada kejayaan tanpa pengorbanan"
  • WWW
Re: Nahamphoto ShootOut! Outwil...Outplay...Outdoor
« Reply #12 on: August 18, 2009, 12:34:09 PM »





kak ina, credits utk gmbr ni...latar belakang pulau tu yg penting...hehe

to dzan, insya Allah, kalau kebizian x melanda, kita boleh rancangkan sesuatu pd hari raya atau hujung tahun nanti...
Logged

HARRIS FADZILAH RAHMAT
Photographer / Manager / Founder
NahamPhoto - Photography & Graphic Design
+6013 744 3734 (HP)
harrisfadzilah@gmail.com
www.nahamphoto.com
  • Reds
  • Administrator
  • Hero
  • *****
  • Medal: 0
  • Posts: 884
  • "tiada kejayaan tanpa pengorbanan"
  • WWW
Re: Laporan : Nahamphoto ShootOut! Sekakap
« Reply #13 on: August 18, 2009, 12:35:11 PM »



like this editing...identiti tersendiri...
Logged

HARRIS FADZILAH RAHMAT
Photographer / Manager / Founder
NahamPhoto - Photography & Graphic Design
+6013 744 3734 (HP)
harrisfadzilah@gmail.com
www.nahamphoto.com
  • kaff
  • Apprentice
  • Mortal
  • ***
  • Medal: 0
  • Posts: 55
  • WWW
Re: Laporan : Nahamphoto ShootOut! Sekakap
« Reply #14 on: August 18, 2009, 05:35:23 PM »

Logged
Pages: [1] 2 3 4
Jump to: