Posts Tagged ‘Jurugambar Perkahwinan’

Resepsi Yahya & Mas, Kota Tinggi Johor, 14 Jun 2009 Oleh Reds

Tuesday, July 7th, 2009

Majlis berlangsung di Felda Simpang Waha, Kota Tinggi Johor. Cuaca panas terik tidak mengganggu tetamu & tuan rumah untuk memeriahkan majlis Begitu ramai saudara-mara dan rakan taulan yang hadir pada hari tersebut tidak kira dekat atau jauh.

Dalam majlis ini, saya ditemani oleh saudara Berreta82 yang bersama-sama mengambil gambar dan memperoleh pengalaman dalam fotografi perkahwinan. Kepada pengantin, saya mengucapkan selamat pengantin baru & semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

HARRIS FADZILAH RAHMAT
Jurufoto / Pengurus / Founder
NahamPhoto - Photography & Graphic Design
+6013 744 3734 (HP)
harrisfadzilah@gmail.com
www.nahamphoto.com

Perkahwinan Nida & An, Endau Johor, 3 Mei 2009 Oleh Reds

Sunday, May 10th, 2009

Nida adalah rakan sekolah kepada adik saya dan merupakan junior saya ketika di SMKUH.  An pula adalah ahli MyviClub Johor. Rumah Nida berdekatan dengan Pulau Mawar dimana ia adalah tempat kegemaran saya mengambil gambar sejak dari sekolah. Dengan bantuan cuaca yang sangat baik, kami berjaya membuat pengambaran diluar. Selamat pengantin baru saya ucapkan.

Klik gambar untuk besarkan.

HARRIS FADZILAH RAHMAT
Jurufoto / Pengurus / Founder
NahamPhoto - Photography & Graphic Design
+6013 744 3734 (HP)
harrisfadzilah@gmail.com
www.nahamphoto.com

Majlis Bertandang Padle & Daiyanah, Johor Bahru Johor, 12 April 2009 Oleh Nanie

Monday, April 20th, 2009

Majlis telah berlangsung di Taman Sri Pulai, Johor Bahru dengan suasana yang meriah & cuaca yang panas. Selamat pengantin baru diucapkan kepada kedua-dua mempelai.

* Gambar diedit oleh Kaff. Untuk gambar-gambar yang lain, klik DISINI

NANIE
Jurufoto
NahamPhoto - Photography & Graphic Design
+6012 700 3435 (HP)
norainihamid@gmail.com
www.nahamphoto.com

Perkahwinan Suhaina & Sahril, Kuala Rompin Pahang, 4 April 2009 Oleh Reds

Thursday, April 9th, 2009

Majlis ini berlangsung di Felda Selendang 2, Kuala Rompin Pahang berhampiran dengan tempat saya dibesarkan iaitu Selendang 3. Majlis berlangsung dengan cuaca yang sangat panas sehingga saya tidak terhitung berapa gelas air telah diminum. Kedua-dua mempelai sangat mesra & mudah bekerja dengan mereka. Selamat pengantin baru saya ucapkan.

Klik gambar untuk besarkan.

HARRIS FADZILAH RAHMAT
Jurufoto / Pengurus
NahamPhoto - Photography & Graphic Design
+6013 744 3734 (HP)
harrisfadzilah@gmail.com
www.nahamphoto.com

Menaikkan Nama Anda Sebagai Jurugambar

Monday, February 23rd, 2009

Menjadi seorang jurugambar atau photographer bukannya satu perkara yang mudah. Ia memerlukan semangat dan minat yang tinggi dan berterusan tidak kira ia dilakukan sebagai hobi atau menambah pendapatan. Fotografi adalah satu perkara yang ‘mahal’. Mengapa penulis katakan mahal? Bukan sahaja dari segi peralatannya malah dari segi ilmu & pengalamannya.

Untuk melonjak naik dalam bidang fotografi, pelbagai pengorbanan perlu dilakukan. Membeli kamera SLR dengan purata harga RM3 hingga 4K. Itu belum termasuk lagi aksesori-aksesori yang lain seperti flash, filter & lain-lain. Masa juga selalunya dikorbankan dengan mengumpul ilmu dan mengambil gambar-gambar diluar sana.

Mencari pengalaman dalam bidang fotografi pula memerlukan kita mengambil peluang-peluang yang ada dengan bergaul bersama jurufoto-jurufoto yang berpengalaman. Mencungkil semua ilmu-ilmu mereka untuk digunakan oleh kita sebagai ‘beginner’. Jangan terlalu malu untuk bertanya atau menyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh anda.

Pengalaman penulis sendiri, beberapa kali pernah gagal dalam mencuba bidang fotografi ini. Walaupun mempunyai minat yang tinggi sejak sekolah namun keupayaan yang terhad telah menghalang untuk pergi jauh. Mujur ada saudara-mara yang dapat memberi pinjam kamera untuk penulis menghasilkan karya penulis sendiri.

Setelah tamat persekolahan, penulis telah berjaya dipanggil untuk peperiksaan jurufoto SPA namun gagal diperingkat pertama lagi. Pada masa itu, penulis baru menemui ayat seperti ‘komposisi’, ‘aperture’, ’shutter’ dan lain-lain. Kegagalan itu tidak menghalang penulis kerana minat yang tinggi telah membangkitkan semangat untuk terus mencari ilmu yang tiada dihati.

Selepas itu pula, penulis banyak bergaul & bertanya dengan mereka-mereka yang berpengalaman. Mereka sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Berbanyak-banyak terima kasih penulis ucapkan kepada mereka. Info-info daripada internet juga banyak memainkan peranan kepada penulis.

Rumusannya, untuk menaikkan nama anda sebagai seorang jurufoto, anda haruslah mempunyai minat, semangat, ilmu, pengalaman & rangkaian. Insya Allah anda boleh berjaya…

HARRIS FADZILAH RAHMAT
Jurufoto / Pengurus
NahamPhoto - Photography & Graphic Design
+6013 744 3734 (HP)
harrisfadzilah@gmail.com
www.nahamphoto.com

Perkahwinan Diana & Shah, Pasir Gudang, Johor, 14 & 15 Februari 2009 Oleh Reds

Tuesday, February 17th, 2009

Ini merupakan majlis perlahwinan pertama bagi NahamPhoto pada tahun 2009 ini. Majlis berlangsung di Taman Scientex, Pasir Gudang Johor dengan suasana yang sangat meriah. Majlis berlansung selama 2 hari berturut-turut dan sesi outdoor juga dibuat di tapak Pesta Layang-Layang, Pasir Gudang.

Klik gambar untuk besarkan.

HARRIS FADZILAH RAHMAT
Jurufoto / Pengurus
NahamPhoto - Photography & Graphic Design
+6013 744 3734 (HP)
harrisfadzilah@gmail.com
www.nahamphoto.com

Majlis Bertandang Azhar & Suryati, Batu Pahat Johor, 14 Disember 2008 Oleh Reds

Monday, December 15th, 2008

Walaupun malam sebelum majlis ini kereta mengalami kerosakkan, namun saya berjaya sampai ke Batu Pahat untuk melaksanakan tugas ini. Dengan hujan yang renyai-renyai, segala sesi dapat dilaksanakan dengan baik. Pasangan pengantin pula sangat sporting & mesra memudahkan tugas jurugambar. Selamat pengantin baru saya ucapkan.

Klik gambar untuk besarkan.

HARRIS FADZILAH RAHMAT
Jurufoto / Pengurus
NahamPhoto - Photography & Graphic Design
+6013 744 3734 (HP)
harrisfadzilah@gmail.com
www.nahamphoto.com