NahamPhoto ShootOut! 2 : Teluk Sari

NahamPhoto untuk kedua kalinya menganjurkan satu bengkel fotografi outdoor istimewa dengan konsep yang SANTAI. Bengkel 2 hari 1 malam ini bertujuan mendedahkan peserta dengan teknik & ilmu dalam bidang fotografi berdasarkan apa yang ada disekeliling mereka sambil bersantai & beramah mesra sesama peserta. Hanya 10-15 orang peserta sahaja yang dibenarkan menyertai bengkel ini untuk satu masa/ sesi.

Pengenalan Teluk Sari

Teluk Sari adalah dalam kawasan Mukim Penyabong, Endau Johor yang berada dipersisiran pantai. Lokasinya yang menarik penuh dengan pemandangan pantai, pulau & kampung yang pasti akan menyegarkan mata memandang. Berdekatan Teluk Sari ini terdapat satu pulau yang dikenali dengan Pulau Mawar dimana manusia boleh kesana dengan melalui benteng pasir yang terbentuk ketika air surut.

“Outwit, Outplay, Outdoor”

Klik DISINI untuk keterangan lanjut.

Tags: , ,

Leave a Reply