Laporan Kursus Asas Fotografi (Digital) 3/2009 Oleh Reds

Nahamphoto telah menjalankan sesi ke-3 Kursus Asas Fotografi (Digital) pada sabtu 11 Julai 20096 yang lalu. Kursus telah berlangsung di Wisma YPJ Holdings, Johor Bahru Johor. Kursus ini disertai oleh 8 orang peserta iaitu saudari Zura, Mira, Lin, Nina dan saudara Azmi, Fairuz, Sheikh & Lutfi.

Kali ini peserta tidak semuanya datang dari Johor Bahru sahaja. Ada juga peserta yang hadir dari Batu Pahat & Mersing. Majoriti peserta minat dalam fotografi sebagai hobi & ada juga untuk menjana pendapatan sampingan. Sesi dimulakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Antara gambar hasil kerja peserta:

Group photo:

Antara testimonial peserta:

“Kursus ini bagus dan sesuai untuk beginner yang baru menceburi bidang fotografi”"

“Ok untuk basic understanding. Boleh diperkayakan lagi dari segi contoh-contoh gambar untuk setiap teknik.”

Pihak NP berharap agar semua peserta dapat mempraktikal segala panduan & tips-tips yang diberikan untuk digunakan dalam hobi atau tugas seharian. Semoga semua peserta akan terus bersama dengan NahamPhoto, menyertai & mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti lain NahamPhoto.

Sekian, terima kasih.

Tags: , ,

3 Responses to “Laporan Kursus Asas Fotografi (Digital) 3/2009 Oleh Reds”

  1. shukor Says:

    bila lagi nak buat kursus?berapa bayaran?saya xde basic dalam fotografi

  2. Reds Says:

    Untuk tahun ni belum ada perancangan untuk kursus lagi. Mungkin akan diadakan tahun depan, itupun bergantung kepada permintaan ramai. Sila berikan email anda jika berminat mengetahui maklumat kursus pada masa2 akan datang.

  3. zai Says:

    Tolong email sy tentatif kursus fotografi tuk thn dpn ye sekiranya ada… =)

Leave a Reply