
Pada Sabtu yang lepas (30 Januari 2010), saya, Kaff, Ramdzan, Hanim & Kamizan telah ke Singapura untuk membuat lawatan singkat dan ‘mini outing’ sebagai satu langkah permulaan melihat perspektif luar selain Malaysia. Lawatan ini juga adalah untuk melihat peluang-peluang yang ada bagi NahamPhoto membuat bengkel, shooting, aktiviti-aktiviti & bisnes lain pada masa akan datang.

Shooting dimulakan dengan ke Singapore Zoo iaitu antara zoo yang terbaik di dunia. Selesai di zoo, kami melawati sekitar bandar dan pergi ke lokasi utama iaitu di Esplanade. Disitu ramai pengunjung yang datang dan terdapat juga jurugambar-jurugambar lain yang berkumpul diatas roof top bangunan untuk merakamkan panorama Kota Singa ini. Selesai di bandar kami mengunjungi pula Night Safari.

Berkemungkinan selepas ini NahamPhoto boleh merangka dan menganjurkan sesi photoshoot di Singapura samada model shooting atau lain-lain aktiviti untuk memberi peluang kepada peminat fotografi yang lain. Ianya akan bergantung kepada permintaan anda semua. Klik DISINI untuk melihat gambar-gambar yang lain.
HARRIS FADZILAH RAHMAT
Jurufoto / Pengurus / Founder
NahamPhoto - Photography & Graphic Design
+6013 744 3734 (HP)
harrisfadzilah@gmail.com
www.nahamphoto.com