Feb
01

Bengkel 3Photo (Photo Editing : Photobook : Photoshop) di Johor Bahru. Anda Pilih Sendiri Modul!

Ketahui banyak teknik, cara & rahsia dalam mengedit gambar menggunakan Adobe Photoshop dengan modul dalam bahasa melayu.

*Bengkel Adobe Photoshop NahamPhoto yang sudah dijalankan lebih 3 tahun ini telah banyak memberi pengetahuan mengenai photo editing kepada peserta-peserta sekitar Johor Bahru & Mersing. Lebih menarik lagi kali ini peserta boleh memilih sendiri modul yang diingini!

iklan bengkel photo editing NahamPhoto di Johor Bahru

Tarikh : 26 Februari 2012 (Ahad)

Tempat : Akan diberitahu kemudian

Pengajar : Akmal Rafie & Harris Reds

APAKAH OBJEKTIF BENGKEL?

1) Memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan Adobe Photoshop untuk mengedit gambar serta cara mencipta templat photobook.

2) Memberikan idea untuk peserta mengedit imej atau foto seterusnya dimasukan kedalam  templat photobook agar kelihatan lebih eksklusif.

3) Menajamkan kemahiran dalam mengedit gambar untuk mendapatkan hasil editing yang kontemporari dan hasil editing yang keluar dari kotak kebiasaan.

APAKAH SYARAT PENYERTAAN?

1) Berumur 18 tahun keatas.

2) Sesuai bagi mereka yang baru dalam bidang fotografi perkahwinan dan masih baru dengan photobook.

3) Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang photo editing tidak kira sebagai hobi mahupun kerjaya.

ALATAN YANG PERLU DIBAWA?

1) DIWAJIBKAN membawa laptop sendiri yang siap dipasang perisian Adobe Photoshop CS3 keatas.

2) Digalakkan membawa contoh-contoh gambar yang ingin diedit.

APAKAH KEISTIMEWAAN BENGKEL?

1) Dijalankan dalam suasana santai & mudah difahami kerana menggunakan modul bahasa melayu.

2) Yuran yang berpatutan dan berbaloi dengan ilmu serta pemberian yang diperolehi.

3) Lokasi pembelajaran menarik dan berhawa dingin untuk keselesaan pelanggan.

GAMBAR BENGKEL YANG LEPAS?

bengkel asas photoshop nahamphoto 2009 di johor bahru

bengkel asas photoshop nahamphoto 2009 di johor bahru

Tahun 2009 Di Institut Teknologi Perindustrian YPJ, Johor Bahru

bengkel asas photoshop nahamphoto 2011 di johor bahruTahun 2010 Di Wisma YPJ Holdings,  Johor Bahru

APA KATA BEKAS PESERTA?

“Program ini adalah sangat berkesan kepada mereka yang ingin tahu tentang photoshop” – Diana Hairulpeserta bengkel photoshop nahamphoto

 

peserta bengkel photoshop nahamphoto“Memenuhi apa yang diharapkan sebelum menghadiri kursus asas photoshop” – Hayatun

“Kursus yang baik dan banyak ilmu pengetahuan. Harap mendapat lebih banyak pendedahan selepas ini”. – Fakhrul

APA KATA PENGAJAR?

akmalrafienahamphoto

Photo editing sangat menarik jika ia datang dari hati. Timbulkan rasa minat dalam diri masing-masing dan pelajari cara-cara mengedit gambar. Hasilnya nanti pasti tidak ternilai. Dalam photo editing juga memerlukan anda mempunyai identiti tersendiri supaya tidak sama dengan orang lain. Semoga dapat berjumpa dalam bengkel nanti!

Akmal Rafie

Junior Photographer & Photo Editor

NahamPhoto.com

PERJALANAN BENGKEL?

Berikut merupakan aturcara bengkel yang akan dijalankan. Makan tengahari tidak disediakan tetapi anda boleh keluar dikawasan berhampiran untuk makan tengahari. Ruangan untuk solat ada disediakan dilokasi bengkel.

08.30 am – Pendaftaran

09.00 am – Pengenalan, Sesi 1

10.45 am – Rehat

11.00 am – Sesi 2

12.30 am – Rehat, Makan Tengahari, Solat

02.00 pm – Sesi 3

04.00 pm – Aktiviti & Rumusan

06.00 pm – Group Photo & Bersurai

MODUL YANG TERKANDUNG?

Berikut merupakan modul-modul yang terkandung dalam bengkel ini. Modul ini akan dipersembahkan dalam bentuk presentation dan peserta akan terus mempraktikkan dalam laptop masing-masing.

1)   Pengenalan Foto Editing

a.  Mengenali tool-tool penting di dalam Adobe Photoshop

b. Menetapkan image size, resolution yang sesuai

c. Jenis-jenis selection & feather

d. Apa itu layer & blending

e. Adjustment : level, curves, hue & saturation

f. Shortcut-shortcut yang selalu digunakan

2)   Teknik Foto editing (Sesi 2)

a. Mengenali cara menggunakan tools tersebut untuk menghasilkan efek yang cantik.

b.  Mengenali warna serta tone sesuai dengan photo editing

c. Cara menghasilkan foto bersama texture dan bokeh.

d. Cara menggunakan high pass untuk perbaiki foto asal.

e. Cara menggunakan efek yang terdapat di dalam Adobe Photoshop.

f. Cara membetulkan warna dalam gambar.

3)   Teknik Membuat Photobook (Sesi 3)

a.   Teknik mencipta layout untuk photobook.

b.   Teknik guna adobe photoshop untuk tone dan membentuk cerita pada photobook.

c.   Menyusun atur foto dalam photobook.

d. Cara untuk cetak dan menghasilkan photobook.

TAMBAHAN! ANDA BOLEH MEMILIH MODUL ANDA SENDIRI (BERKENAAN PHOTOSHOP) DENGAN MENGISI MAKLUMAT DISINI!

DIMANA LOKASI BENGKEL?

Akan diberitahu kemudian (Area Larkin)

PENTING!

PASTIKAN LAPTOP ANDA TIDAK MEMPUNYAI MASALAH DAN TELAH DIPASANG DENGAN PERISIAN ADOBE PHOTOSHOP CS3 KEATAS UNTUK MEMUDAHKAN PROSES PEMBELAJARAN.

BERAPAKAH YURAN PENYERTAAN?

Yuran penyertaan untuk bengkel ini adalah RM300 seorang. Namun jika anda mendaftar sebelum 13 Februari 2012, anda akan mendapat diskaun RM50 dimana anda hanya perlu membayar RM250 sahaja!

DAFTAR SEKARANG & DAPATKAN 4 PEMBERIAN PERCUMA BERNILAI RM100!

Kami akan memberikan 4 pemberian PERCUMA kepada anda yang mendaftar dalam bengkel ini. Pemberian percuma tersebut adalah;

PERCUMA #1 : Nota Photo Editing (Bernilai RM30)

Selain presentation bengkel yang boleh disalin ke dalam pendrive, kami juga memberikan nota berwarna berkenaan dengan Photo Editingl dalam bahasa melayu kepada anda.

PERCUMA #2 : CD Kompilasi Fail PSD Photo Editing (Bernilai RM20)

Kami akan memberikan kompilasi fail-fail PSD berkenaan photo editing untuk rujukan anda dirumah. Ia dapat membantu anda mengedit gambar dengan mudah

PERCUMA #3 : T-Shirt Photo Editor (Bernilai RM30)

Semua peserta yang mendaftar akan mendapat t-shirt eksklusif yang boleh dijadikan sebagai cenderahati menyertai bengkel ini.

PERCUMA #4 : Voucher Mencetak Photobook (Bernilai RM20)

Peserta akan mendapat voucher diskaun bernilai RM20 untuk mencetak photobook yang telah siap rekabentuknya melalui wakil kami dalam tahun 2012.

BAGAIMANA DENGAN JAMINAN?

100guarantee Sekiranya semasa anda menghadiri sesi ke-2 bengkel ini (sebelum rehat tengahari) dan anda dapati ianya tidak berbaloi dengan wang ringgit yang anda berikan serta anda tidak berpuas hati, sila beritahu kami pada waktu rehat. Sila pulangkan semua nota dan bahan-bahan yang telah diberikan dan kami akan pulangkan 100% wang anda - tanpa soal. Kami tidak mahu wang anda sekiranya anda tidak berpuas hati. Itu adalah jaminan & risiko yang diambil oleh pihak kami.

TEMPAH SEKARANG SUPAYA ANDA TIDAK AKAN TERLEPAS MENYERTAINYA!

Tempat hanya eksklusif kepada 15 orang   14 orang sahaja!

Tarikh tutup pendaftaran : 25 FEBRUARI 2012

BAGAIMANA CARA BAYARAN?

Kami menyediakan 2 cara bayaran untuk menyertai bengkel ini. Sila pilih salah SATU dari cara pembayaran yang diberikan dibawah;

1) Untuk pembayaran (RM250) menggunakan KAD KREDIT

BENGKEL PHOTO EDITING akan tersiar di penyata kad kredit anda untuk menggambarkan bayaran ini.

Jumlah bayaran adalah RM250.00

Sistem pembayaran online kami adalah 100% selamat menggunakan secure server. Kami menerima bayaran melalui Mastercard dan Visa. Klik butang BUY NOW dibawah untuk membuat pembayaran deposit menggunakan kad kredit anda:

 

2) Untuk pembayaran (RM250) menggunakan BANK-IN/ MESIN ATM/ ONLINE TRANSFER

Berikut adalah maklumat pembayaran yang diperlukan;

Bank: Maybank

Nombor Akaun : 5013 4720 2731

Nama: Naham Photo Enterprise

Nombor Pendaftaran Syarikat: 0479588T

Jumlah: RM250.00

*Nota: Untuk online banking, walaupun kami menggunakan Maybank, anda masih boleh lakukan bayaran menggunakan perkhidmatan online banking lain seperti CIMB, Public bank, HSBC, RHB dan sebagainya terus ke akaun Maybank kami. Hanya sedikit caj tambahan akan dikenakan oleh pihak bank.

Jika pembayaran telah dibuat, sila isikan borang dibawah untuk pengesahan. Kami akan menghubungi anda dalam masa 48 jam untuk PENGESAHAN bayaran anda telah diterima.


Nama:
E-mel:
No. Telefon Bimbit:
Kaedah Bayaran: Kad Kredit

ATM

Bank-in (Kaunter)

Online Transfer
Bank Anda (Maybank, CIMB, Mastercard dll):
No. Transaksi/ Referrence Number:
Tarikh Bengkel/ Kursus:
Saiz T-Shirt:
Lain-Lain Maklumat:

BAGAIMANA JIKA ANDA TIDAK DAPAT HADIR PADA HARI BENGKEL?

Anda boleh mencari wakil untuk menggantikan tempat anda sama ada ahli keluarga atau kenalan anda. Dengan menggantikan tempat anda, tiada kos tambahan dikenakan. Anda perlu memberitahu kami terlebih awal sekurang-kurangnya 3 hari sebelum bengkel sekiranya tempat anda diwakilkan. Nama, e-mail dan nombor handphone wakil atau pengganti perlu disertakan.

iklan bengkel photo editing NahamPhoto di Johor Bahru

Tarikh : 26 Februari 2012 (Ahad)

Tempat : Akan diberitahu kemudian

Pengajar : Akmal Rafie & Harris Reds

SEBARANG PERTANYAAN LANJUT?

Sila SMS : 013-744 3734 (Reds) ATAU E-mail : info@nahamphoto.com

Anda juga boleh LIKE Facebook kami DISINI untuk interaksi dua hala.

PINDAAN

Pihak kami berhak membuat sebarang pindaan tentang apa jua maklumat yang dinyatakan dalam risalah ini. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan segera kepada para peserta.

Kongsikan maklumat ini dengan klik butang-butang media sosial dibawah!

Jan
30

Laporan Bengkel 7 Jam Belajar Cara Menggunakan Kamera DSLR Di Johor Bahru

bengkel asas fotografi nahamphoto 2012

Jadual latihan tahun 2012 dimulakan dengan satu bengkel asas fotografi digital yang lebih mengutamakan cara-cara menggunakan kamera DSLR. Bengkel ini telah dijalankan di Akademi Binaan Malaysia (ABM), Wilayah Selatan selama satu hari. Modul kali ini sangat berbeza dengan bengkel-bengkel asas fotografi sebelum ini kerana ia mementingkan cara menggunakan kamera DSLR dengan mengenali butang-butang utama yang selalu digunakan untuk mengambil gambar selain teknik-teknik utama fotografi.

Bengkel belajar cara menggunakan kamera DSLR ini telah dihadiri oleh 19 orang peserta yang datang dari Johor Bahru dan kawasan sekitarnya. Terima kasih diucapkan kepada saudara Zamri, Helan, Hishammuddin, Rizal, Norhadi, Nizam, Paizal, Khairul, Hishamudin, Hazwan, Fadzlee, Naufal, Hafizi & Maulazi. Tidak lupa juga kepada peserta wanita iaitu Badriyyah, Mardziah, Maria, Sirun & Amalina yang sama-sama bersemangat untuk menuntut ilmu dengan kami dan peserta lain.

*credit gambar oleh Muhamad Adib Aini

Walaupun segala perancangan telah disusun rapi namun pada hari bengkel cabaran telah datang dimana kelas kami telah blackout sepanjang hari. Mujur kami telah membuat ‘backup plan’ dimana modul telah sempat dimasukkan ke internet dan juga tablet yang digunakan oleh pengajar. Peserta pula dapat belajar lebih melalui praktikal di luar kelas berbanding belajar teori sahaja. Mereka dapat bertanya secara lansung melalui latihan yang diberikan yang mana lebih mudah untuk difahami.

Sesi praktikal pula telah memperkenalkan model yang baru pertama kali mencari pengalaman bidang modeling iaitu Choi Ryah. Walaupun masih baru namun model yang lebih senang dipanggil Choi ini mudah mengikut arahan-arahan yang diberikan. Peserta pula telah diajar cara mengambil gambar portraiture dan kepentingan cahaya yang memainkan peranan penting pada gambar. Selain itu, peserta juga diajar dengan pelbagai teknik menggunakan DSLR dan juga komposisi yang menarik.

bengkel_asas_fotografi_nahamphoto12012(3)

Rumusannya, kami sangat berpuashati dengan penglibatan peserta pada bengkel kali ini. Boleh dikatakan ia adalah sesi yang terbaik pernah dijalankan selama 3 tahun kami menjalankan program latihan. Walaupun jumlah peserta yang ramai, kehadiran 4 orang facilitator telah banyak membantu proses pembelajaran. Terima kasih diucapkan kepada Akmal, Afique, Johan & Asrul yang telah membantu. Semoga peserta dapat menggunakan ilmu yang ada untuk kebaikan dan seterusnya berjaya!

HARRIS FADZILAH RAHMAT
Founder/ Photographer
NahamPhoto – Perniagaan Fotografi Perkahwinan
+6013 744 3734 (HP)
harrisfadzilah@gmail.com
www.nahamphoto.com

Jan
21

Kebaikan & Keburukan Komuniti Fotografi Online Kepada Jurufoto

komuniti online fotografi jurufoto

Satu ketika dulu, dunia fotografi di Malaysia sangat meriah dengan adanya teknologi internet yang menyediakan medium untuk berkomunikasi. Mungkin anda semua pernah mendengar fotopages, satu laman yang digunakan oleh jurufoto-jurufoto memaparkan hasil kerja mereka secara maya. Malah NahamPhoto juga pada awalnya menggunakan fotopages sebelum beralih ke hosting sendiri. Kemudiannya forum-forum fotografi telah tumbuh bagi memberi peluang jurufoto membuat perbincangan, belajar, berniaga dan pelbagai aktiviti lain.

Forum-forum fotografi di Malaysia telah banyak memberi ruang kepada peminat fotografi meneruskan minat atau kerjaya mereka. Di dalam komuniti tersebut, semua ahli boleh berkenal-kenalan, bertukar-tukar pendapat dan melakukan aktiviti bersama seperti outing dan tugasan rasmi. Ada juga yang berkongsi pengalaman, artikel dan menganjurkan kelas kepada mereka yang memerlukan. Forum fotografi online ini ternyata memudahkan jurufoto berinteraksi dengan kos yang paling rendah kerana hanya perlu menggunakan talian internet.

Kroni NahamPhoto Berbincang Fotografi

Perbincangan sebenar dengan ahli yang lebih kecil lebih baik untuk mencapai kata sepakat.

Namun dalam kebaikkan yang dinyatakan, terdapat banyak keburukan dalam komuniti online seperti ini. Apabila sudah ramai ahlinya, maka kotak pemikiran pun semakin luas. Ada yang menggunakan forum ini untuk menjatuhkan pesaingnya, mengeluarkan kata-kata kesat dan berbeza pendapat antara satu sama lain. Memandangkan ramai diantara mereka hanya berada diatas talian, maka pelbagai perkara negatif yang boleh dilakukan. Apabila perkara ini terjadi, kekuatan sesuatu forum itu sudah mula tercalar dan tidak disenangi oleh ahli yang lain.

Ada juga forum yang gagal mengawal ahlinya kerana tidak menetapkan objektif & aturan yang jelas. Dalam sesuatu forum, perlu ada objektif yang jelas untuk dijadikan pegangan kepada ahli begitu juga dengan peraturan, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan. Forum-forum yang besar memerlukan ramai admin yang dapat mengawal bilangan ahli yang ramai. Komitmen admin juga diperlukan kerana pelbagai karenah ahli perlu dihadapi bagi mempertahankan komuniti sediada agar terus dapat mencapai objektif yang ditetapkan.

Kumpulan Fotografi Online

Terkini, Facebook juga menyediakan ruang seolah-olah forum iaitu “group” yang semakin banyak digunakan untuk medium berbincang dan belajar. Kemunculan banyak group fotografi jika dikawal dengan baik pasti dapat memberikan kebaikan kepada ahli. Tetapi kewujudan banyak group fotografi pula banyak dipersoalkan dimana ia dikatakan mewujudkan “puak-puak”. Adakah anda merasa banyak group fotogarfi akan memberikan banyak kesan negatif? Apapun medium komuniti online anda, terpulang untuk mengambil yang baik atau yang buruk.

Rumusannya, komuniti fotografi online seperti forum & group mempunyai baik dan buruknya. Jurufoto-jurufoto perlu bijak menggunakan ruang yang ada bagi meningkatkan pengetahuan masing-masing. Namun mereka juga harus berhati-hati dalam komuniti ini supaya tidak terjebak dengan anasir-anasir negatif. Jurufoto juga perlu memperbagaikan cara untuk mencari ilmu dan mengembangkan rangkaian. Semoga artikel ini dapat memberikan inspirasi kepada jurufoto di luar sana untuk terus maju dalam bidang fotografi. Semoga berjaya!

*p/s- NahamPhoto menyediakan banyak medium untuk mempelajari fotografi dan juga berkenaan perniagaan serta perkahwinan dalam blog ini. Kami juga menyediakan medium ilmu di laman peminat Facebook seperti mendapatkan e-Book & tips percuma.

Dec
29

7 Jam Belajar Cara Menggunakan Kamera DSLR Anda!

Pelajari asas fotografi digital dan cara penggunaan kamera DSLR dengan modul dalam bahasa melayu.

*Bengkel asas fotografi digital NahamPhoto yang sudah dijalankan lebih 3 tahun ini telah banyak memberi pengetahuan mengenai asas fotografi kepada ramai peserta-peserta sekitar Johor Bahru & Mersing. Pada tahun baru ini akan dilaksanakan lagi dengan modul baru!

iklanbengkel7jam-copy

Tarikh : 29 Januari 2012 (Ahad)

Tempat : Akademi Binaan Malaysia(ABM), Jalan Tampoi, JB.

Pengajar : Harris Fadzilah Rahmat (Reds)

APAKAH OBJEKTIF BENGKEL?

1) Memberi pengetahuan mengenai asas fotografi digital seperti shutter, aperture dan ISO.

2) Memberi pengalaman kepada peserta yang baru memiliki DSLR untuk mengetahui setting yang asas mengenai fungsi kamera & cahaya

3) Bertukar-tukar pengetahuan & pendapat sesama peserta dan juga pengajar untuk mendapatkan gambar-gambar yang menarik dengan idea yang segar.

APAKAH SYARAT PENYERTAAN?

1) Berumur 18 tahun keatas.

2) Sesuai bagi mereka yang baru dalam bidang fotografi.

3) Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang fotografi tidak kira sebagai hobi mahupun kerjaya.

ALATAN YANG PERLU DIBAWA?

1) Kamera DSLR dan lensa (Flash tidak wajib)

2) Digalakkan juga membawa laptop sendiri (jika ada).

APAKAH KEISTIMEWAAN BENGKEL?

1) Dijalankan dalam suasana santai & mudah difahami kerana menggunakan modul bahasa melayu.

2) Yuran yang berpatutan dan berbaloi dengan ilmu serta pemberian yang diperolehi.

3) Lokasi pembelajaran menarik dan berhawa dingin untuk keselesaan pelanggan.

GAMBAR BENGKEL YANG LEPAS?

2009

Tahun 2009 Di Wisma YPJ Holdings, Johor Bahru

2010

Tahun 2010 Di ABM Johor Bahru

2011

Tahun 2011 Di ABM Johor Bahru

APA KATA BEKAS PESERTA?

61523_142789569097347_100000989141028_205811_781780_n“Saya rasa berpuas hati apabila datang ke kelas NahamPhoto. Banyak info yang saya dapat”

- Shahry Romadan Idham b Pouzan -

https://www.facebook.com/pages/Photo-by-SRoma/252506441449848

“Bermulanya dari NAHAMPHOTO lahh saya mempelajari lebih banyak teknik asas fotografi..”261371_125667474185870_100002278551883_211102_8261705_n

- Rabiyatul Aida -

https://www.facebook.com/pages/LENSAIDAphotographer/203107689770542

“PUAS HATI LAH!” itulah yang dapat saya katakan. Ilmu dan pengalaman yang dikongsi bersama oleh Encik Haris memang berguna dan di ambil pakai sampai sekarang.

- Ramdzan Minhat-

http://www.dzan.org/

APA KATA PENGAJAR?

27338_1443647719_3021_n

Selama lebih kurang 3 tahun menjalankan bengkel ini saya telah berjumpa dengan pelbagai ragam peserta yang mana telah banyak memberikan pengalaman menyampaikan ilmu. Mulai tahun ini, saya telah membaiki modul dan menjadikan ia lebih tersusun

mengikut pengalaman bagaimana penerimaan para peserta sebelum ini. Insya Allah saya akan memberikan yang terbaik untuk anda. Semoga dapat berjumpa dalam bengkel nanti!

tt

Harris Fadzilah Rahmat (Reds)
Pengasas & Jurufoto NahamPhoto.com

PERJALANAN BENGKEL?

Berikut merupakan aturcara bengkel yang akan dijalankan. Makan tengahari tidak disediakan tetapi anda boleh keluar dikawasan berhampiran untuk makan tengahari. Ruangan untuk solat ada disediakan dilokasi bengkel.

09.00 am – Pengenalan, Sesi 1 (Teori)

10.45 am – Rehat

11.00 am – Sesi 2 (Teori)

12.30 am – Rehat, Makan Tengahari, Solat

02.00 pm – Sesi 3 (Praktikal)

04.00 pm – Penilaian & Rumusan

06.00 pm – Group Photo & Bersurai

MODUL YANG TERKANDUNG?

Berikut merupakan modul-modul yang terkandung dalam bengkel ini. Modul ini akan dipersembahkan dalam bentuk presentation yang ringkas tapi padat dengan pengisian penting.

1)   Pengenalan Fotografi (Sesi 1)

a.   Mengenali kamera DSLR, lensa, speedlite, aksesori lain

b.   Mengenali aperture, shutter, ISO, white balance, metering.

c.   Mengenali cahaya, depth of field, focal length.

2)   Teknik Fotografi (Sesi 2)

a.   Cara penjagaan kamera, focusing, exposure meter.

b.   Cara penggunaan exposure mode : manual, shutter priority, aperture priority, program.

c.   Cara mendapatkan gambar terbaik, angle, subjek, komposisi, rule of third.

3)   Praktikal (Sesi 3)

a.   Mengambil gambar mengikut tema pengajar (akan diberitahu dihari kursus).

b.   Persembahan ringkas & penilaian.

c.   Rumusan & penutup.

DIMANA LOKASI BENGKEL?

petaabm

Klik DISINI untuk melihat kedudukan peta dalam google maps.

kelas1

Ruang kelas di ABM yang besar & selesa

PENTING!

BENGKEL INI HANYA UNTUK MEREKA YANG BETUL-BETUL TIADA ASAS FOTOGRAFI ATAU YANG BELUM BIASA DENGAN KAMERA DSLR. KEPADA SESIAPA YANG TELAH TAHU DAN ADA PENGALAMAN TIDAK DIGALAKKAN MENYERTAINYA KERANA ANDA AKAN BORING… :)

BERAPAKAH YURAN PENYERTAAN?

Yuran penyertaan untuk bengkel ini adalah RM300 seorang.

 

DAFTAR SEKARANG & DAPATKAN 4 PEMBERIAN PERCUMA BERNILAI RM180!

Kami akan memberikan 4 pemberian PERCUMA kepada anda yang mendaftar dalam bengkel ini. Pemberian percuma tersebut adalah;

PERCUMA #1 : Nota Asas Fotografi Digital (Bernilai RM30)

Selain presentation bengkel yang boleh disalin ke dalam pendrive, kami juga memberikan nota berwarna berkenaan dengan Asas Fotografi Digital dalam bahasa melayu kepada anda.

PERCUMA #2 : CD Kompilasi E-Book Fotografi (Bernilai RM20)

Kami akan memberikan e-book berkenaan fotografi untuk rujukan anda dirumah. E-book ini adalah dalam bahasa melayu dan juga dalam bahasa inggeris.

PERCUMA #3 : T-Shirt NahamPhoto (Bernilai RM30)

Semua peserta yang mendaftar akan mendapat t-shirt eksklusif berlogo NahamPhoto yang boleh dijadikan sebagai kenangan menyertai bengkel.

PERCUMA #4 : Voucher Diskaun Latihan (Bernilai RM100)

Peserta akan mendapat voucher diskaun bernilai RM100 untuk menyertai bengkel atau kursus lain yang dianjurkan oleh NahamPhoto sepanjang tahun 2012.

BAGAIMANA DENGAN JAMINAN?

100guarantee Sekiranya semasa anda menghadiri sesi ke-2 bengkel ini (sebelum rehat tengahari) dan anda dapati ianya tidak berbaloi dengan wang ringgit yang anda berikan serta anda tidak berpuas hati, sila beritahu kami pada waktu rehat. Sila pulangkan semua nota dan bahan-bahan yang telah diberikan dan kami akan pulangkan 100% wang anda - tanpa soal. Kami tidak mahu wang anda sekiranya anda tidak berpuas hati. Itu adalah jaminan & risiko yang diambil oleh pihak kami.

TEMPAH SEKARANG SUPAYA ANDA TIDAK AKAN TERLEPAS MENYERTAINYA!

Tempat hanya eksklusif kepada 15 orang  PENUH!.

Tarikh tutup pendaftaran : 27 JANUARI 2012

BAGAIMANA CARA BAYARAN?

Kami menyediakan 2 cara bayaran untuk menyertai bengkel ini. Sila pilih salah SATU dari cara pembayaran yang diberikan dibawah;

1) Untuk pembayaran (RM300) menggunakan KAD KREDIT

BENGKEL ASAS FOTOGRAFI akan tersiar di penyata kad kredit anda untuk menggambarkan bayaran ini.

Jumlah bayaran adalah RM300.00

Sistem pembayaran online kami adalah 100% selamat menggunakan secure server. Kami menerima bayaran melalui Mastercard dan Visa. Klik butang BUY NOW dibawah untuk membuat pembayaran deposit menggunakan kad kredit anda:

 

2) Untuk pembayaran (RM300) menggunakan BANK-IN/ MESIN ATM/ ONLINE TRANSFER

Berikut adalah maklumat pembayaran yang diperlukan;

Bank: Maybank

Nombor Akaun : 5013 4720 2731

Nama: Naham Photo Enterprise

Nombor Pendaftaran Syarikat: 0479588T

Jumlah: RM300.00

*Nota: Untuk online banking, walaupun kami menggunakan Maybank, anda masih boleh lakukan bayaran menggunakan perkhidmatan online banking lain seperti CIMB, Public bank, HSBC, RHB dan sebagainya terus ke akaun Maybank kami. Hanya sedikit caj tambahan akan dikenakan oleh pihak bank.

Jika pembayaran telah dibuat, sila isikan borang dibawah untuk pengesahan. Kami akan menghubungi anda dalam masa 48 jam untuk PENGESAHAN bayaran anda telah diterima.

Nama:
E-mel:
No. Telefon Bimbit
Kaedah Bayaran

Kad Kredit

ATM

Bank-in (Kaunter)

Online Transfer

Bank Anda (Maybank, CIMB, Mastercard dll):
No. Transaksi/ Referrence Number:
Tarikh Bengkel/ Kursus:
Saiz T-Shirt:
Lain-Lain Maklumat:

iklanbengkel7jam-copy

Tarikh : 29 Januari 2012 (Ahad)

Tempat : Akademi Binaan Malaysia(ABM), Jalan Tampoi, JB.

Pengajar : Harris Fadzilah Rahmat (Reds)

SEBARANG PERTANYAAN LANJUT?

 Sila SMS : 013-744 3734 (Reds) ATAU E-mail : info@nahamphoto.com

Anda juga boleh LIKE Facebook kami DISINI untuk interaksi dua hala.

PINDAAN

Pihak kami berhak membuat sebarang pindaan tentang apa jua maklumat yang dinyatakan dalam risalah ini. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan segera kepada para peserta.

Kongsikan maklumat ini dengan klik butang-butang media sosial dibawah!

Older posts «