Naham Photo Enterprise (JM0479588-T) merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera yang menjalankan perniagaan berasaskan teknologi maklumat iaitu melalui internet. Bertapak dilokasi utama iaitu di kawasan luar bandar di Endau Johor tidak menghalang kami menjalankan perniagaan fotografi perkahwinan ini sama seperti mereka yang berada dibandar. Segala urusan perniagaan serta promosi dilakukan secara online.
Perniagaan kami dibahagikan kepada 3 elemen iaitu PERKHIDMATAN, LATIHAN & INFORMASI yang berkenaan bidang fotografi perkahwinan. Perkhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan jurufoto perkahwinan, pertunangan dan majlis keraian yang berkenaan dengan konsep gambar yang segar & terkini. Kami juga mempunyai kepakaran merekabentuk & editing album perkahwinan seperti custom album & photobook.
Selain itu kami memberikan latihan berkenaan perniagaan, fotografi & perkahwinan dengan menganjurkan bengkel & kursus serta memberikan informasi seperti tips & e-book yang dijamin dapat menyampaikan pengetahuan dengan mudah. Beroperasi diseluruh Malaysia terutama disekitar Johor Bahru, Mersing, Kuala Rompin dan Kuantan dimana perkhidmatan kami dapat memberikan penjimatan kepada wang anda.
Objektif
4 Objektif Utama Perniagaan Kami?
+ Memberikan perkhidmatan dalam suasana yang mesra & santai demi keselesaan pelanggan.
+ Menghasilkan gambar, album & modul yang kreatif, segar & berkualiti.
+ Menyediakan pelbagai medium teknologi untuk pelanggan berkomunikasi dengan mudah.
+ Menyampaikan maklumat & pengetahuan sebagai panduan dalam perniagaan fotografi.
»
Perkhidmatan
4 Perkhidmatan & Produk Yang Diberikan?
+ Jurufoto perkahwinan, pertunangan, resepsi & outdoor.
+ Merekabentuk & menghasilkan album & bingkai foto perkahwinan.
+ Mengadakan bengkel & kursus berkenaan fotografi perkahwinan.
+ Menerbitkan e-book atau buku berkenaan fotografi perkahwinan.
»
Keistimewaan
4 Sebab Kenapa Perlu Memilih Kami?
+ Berpengalaman 5 tahun dalam bidang fotografi perkahwinan.
+ Menawarkan promosi & pemberian menarik dari masa ke semasa.
+ Hasil kerja yang kreatif dan sentiasa mengikut trend terkini.
+ Bergerak dalam kumpulan yang mempunyai semangat kerja yang tinggi.
»
Konsep Fotografi Kami?
Selain gambar-gambar biasa dalam majlis, jurufoto kami memperkenalkan konsep "panorama perkahwinan" dimana salah satu keunikan memasukkan elemen pengantin dengan latar belakang yang mempunyai perspektif berbeza. Panorama adalah gambar yang dicantum menjadi panjang untuk mendapatkan satu pandangan yang lebih luas. Selain diletakkan di dalam album storybook atau photobook, ia juga sesuai dicetak dengan saiz besar dan digantung pada dinding.
Siapa Jurufoto Kami?
Jika anda ingin mengenali jurufoto-jurofoto kami serta melihat gambar-gambar yang dihasilkan oleh mereka, sila klik DISINI. Jurufoto-jurufoto kami berpengalaman dalam menjalankan tugas fotografi perkahwinan masing-masing dengan suasana yang mesra. Mereka juga komited dan bersemangat menghasilkan gambar-gambar yang menarik untuk dijadikan kenangan tidak ternilai kepada bakal pengantin kami. Teruskan melayari laman web ini untuk maklumat lain. Terima kasih.













